Tarikh | : 04.11.2024 |
Masa | : 2.30 pg – 3.30 ptg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 1 Orang |

Tujuan
Bengkel ini bertujuan membantu dan membimbing peserta dalam menaip menggunakan Microsoft Office sekali gus untuk memberikan pendedahan dan latihan ict yang diadakan di NADI. Selain itu, dapat mempromosikan lagi perkhidmatan dan memperluaskan lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak NADI untuk komuniti.
Aktiviti
Petugas membantu peserta dalam membuat lembaran kerja kursus melalui Microsoft Word yang mana petugas mengajar bagaimana cara untuk menyimpan kerja yang dibuat sama ada secara auto atau manual dengan mengklik butang ‘save’. Selain itu, peserta juga diajarkan bagaimana cara untuk memasukkan gambar dalam lembaran kerja kursus. Pelajar menguasai dan menggunakan teknik-teknik yang telah diajar dalam kerja kursus tersebut. Peserta berjaya menyiapkan lembaran kerja kursus tersebut dan memahami dengan baik.