mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2024 – PROGRAM 5 PILLAR SAFE & SHEILD BERSAMA TADIKA

Tujuan

Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran dan cara yang bijak serta berhemah dalam penggunaan internet dan komputer dan juga pendedahan awal tentang kemahiran komputer untuk seusia mereka. Dengan program ini sekaligus, dapat menambah ahli untuk NADI yang mana untuk pelajar sekolah adalah keahlian secara percuma dan juga memperluaskan hebahan perkhidmatan yang ditawarkan di NADI.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan di NADI Seberang Jerteh yang mana aktiviti yang dijalankan disini adalah taklimat mengenai kesedaran dan pendedahan awal tentang “safe&sheild” iaitu penggunaan internet yang berhemah dalam kalangan pelajar agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan penipu dan buli siber. Selain itu, dalam taklimat ini juga kita telah adakan aktiviti mewarna dalam applikasi uptoten untuk pembelajaran awal dalam komputer. Diharapkan semoga pelajar dapat menerapkan dan memahami apa yang telah disampaikan serta dapat menggunakan internet secara berhemah dan bijak.

GAMBAR DISINI