Tarikh | : 22.11.2024 |
Masa | : 9.30 pg – 12.30 ptg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 30 Orang |

Tujuan
Program Smart Service (Wellbeing) adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan saringan ini langkah untuk komuniti lebih peka dalam menjaga kesihatan. Disamping memberikan pendedahan tentang usahawan digital bagi membuka ruang yang berminat untuk melibatkan diri dalam dunia ushawan. Secara langsung program ini dapat memperluaskan hebahan perkhidmatan yang ditawarkan di NADI.
Aktiviti
bengkel ini bermula dengan pendaftaran peserta usahawan dan penerangan tentang bagaimana cara untuk mendaftar serta membuka akaun shopee. Selain itu, peserta juga diajarkan bagaimana cara untuk membuka akaun”affiliate” shopee sebagai pendapatan sampingan untuk mereka. Malah, dalam bengkel ini juga diajarkan bagaimana untuk membuat “sticker” produk sendiri menggunakan applikasi canva. Disamping itu juga, petugas mengambil peluang dengan membuka kaunter saringan kesihatan secara percuma kepada peserta bengkel tersebut. Saringan ini sebagai langkah kesedaran masyarakat untuk menjaga kesihatan awal dengan membuat saringan kesihatan.