mcmc
Maklumat Setempat

Aktiviti Khas


 

 

 

MAKLUMAN

 

Satu Pertandingan Dashboard Komuniti (DK) akan bermula pada bulan Julai 2017 dan berakhir pada 15 Disember 2017.
 
Beberapa Kategori yang akan dipertandingkan. Antaranya ialah ;
 
1)Peringkat Nasional (1Malaysia)
 
2)Peringkat Wilayah
 
3)Peringkat Pi1M
 
————————————————————————————————
 
1)Peringkat Nasional
 
-Jawab soalan Kuiz terkumpul di paparan My Komuniti
 
-Soalan akan dikeluarkan oleh HQ dari masa ke semasa
 
-Jawapan yang telah dijawab oleh pengguna DK tidak boleh di betulkan semula setelah dihantar
 
-Pemenang akan dipilih berdasarkan kiraan tepat pada jumlah belon dan slogan yg menarik.
 
-Nama pemenang akan di umumkan dalam DK
 
2)Peringkat Wilayah
 
-‘Online Game’ – DURIAN RUNTUH
 
-Nama pemenang akan di umumkan dalam ScoreBoard DK mengikut 10 ranking teratas sahaja. Pemain perlu bersaing untuk merebut hadiah.
 
-Wilayah 1) Utara
 
2) Selatan
 
3) Tengah
 
4) Timur 1
 
5) Timur 2
 
6) Sarawak
 
7) Sabah
 
-Terdapat 2 kali pertandingan ini;
 
1) Jul,Ogo, sept
 
2) Okt, Nov, Dis
 
-Hadiah disediakan untuk setiap wilayah.
 
3)Peringkat Pi1M
 
-10 orang pengguna yang kerap menggunakan module My Place (muat turun gambar tempat menarik/tempat makan/pengangkutan/tempat penginapan.)
 
-10 orang pengguna yang kerap menggunakan module My Health (dalam tempoh 6 bulan pengguna yang kerap mengadakan check kesihatan menggunakan i-helath di Pi1M.
 
-10 orang pemenang setiap module akan diumumkan oleh pihak HQ selepas tarikh tutup pertandingan.
 
-Setiap Pi1M akan menerima 20 barang elektrik Jenama Sharp untuk dibahagikan kepada 20 orang pengguna DK yang menang dalam kategori ini.
 
Untuk keterangan lanjut berkaitan pertandingan boleh rujuk lampiran dibawah :
 
panduan kuiz dashboard
Panduan Pengguna Dashboard
Panduan Permainan Durian runtuh
Terma Dan syarat

 

 

 

 

Program Mobile E-Waste / E-Sisa
 

 

Apa Itu e-Sisa?

Terma e-sisa atau Sisa Perkakas Elektrik & Elektronik (WEEE) merangkumi semua jenis perkakas elektrik & elektronik yang telah dibuang.e-Sisa Mudah Alih secara khususnya merujuk pada semua jenis sisa yang terhasil daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet, phablet termasuk pengecas & aksesori.

Peranti mudah alih perlu dilupuskan secara sempurna apabila tidak lagi digunakan.

 

 

Tahukah anda?

Bahan pembuatannya tidak boleh terurai secara semulajadi & mengandungi komponen berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan anda & mencemarkan persekitaran.

Menerusi proses kitar semula yang betul, lebih 90% daripada bahan yang digunakan dalam peranti mudah alih & aksesori boleh dipulihkan semula.

 

 

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan e-Waste / e-Sisa, boleh rujuk http://mobileewaste.mcmc.gov.my/ms-my/home