Tarikh | : 13.12.2024 |
Masa | : 10.30 pg – 11.30 pg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 20 Orang |

Tujuan
Bengkel Asas Pembangunan lamam web ini adalah bertujuan untuk melatih dan membantu peserta dalam mencari dan pengisian maklumat melalui laman web tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran dan mendedahkan penggunaan ict kepada peserta untuk menggunakan dengan bijak dalam mencari maklumat sekali gus dapat mempromosikan dan menghebahkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh NADI.
Aktiviti
Dalam bengkel ini peserta diterangkan dahulu tentang laman sesawang dan bagaimana cara untuk mengisi dalam laman sesawang SISMAPS tersebut. Peserta diminta untuk membuka atau melayari laman dan memasukan id atau katalaluan. Setelah semua peserta dapat masuk ke laman web tersebut, petugas membantu dan membimbing peserta untuk mengisi atau mengemaskini data bedasarkan maklumat masing-masing. Peserta memahami dan berjaya mengisi maklumat data mereka ke dalam laman SISMAPS dengan baik.