Tarikh | : 13.12.2024, & 20.12.2024, |
Masa | : 11.00 pg – 12.00 ptg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 1 Orang |

Tujuan
Bengkel ini adalah salah satu program yang dijalankan di NADI Seberang Jerteh yang mana NADI Mahir ini dibawah pembelajran sepanjang hayat. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberikan peluang peserta menambah ilmu kemahiran dan boleh menjadikan ilmu kemahiran ini sebagai peluang untuk mencari pendapatan melalui kemahiran yang ditawarkan.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan pada kelas tersebut adalah pengenalan kepada peserta mahir tentang pembelajaran yang mereka akan belajar. Permulaan ini kelas diajarkan tentang bagaimana untuk memuat turun nota , bagaimana untuk memasukkan kehadiran, bagaimana untuk memuatnaik surat tidak hadir dan juga pembelajaran untuk kelas akan datang. Disamping itu juga, peserta diterangkan secara lebih mendalam tentang masakan dan juga bahan dan peralatan yang akan digunakan oleh peserta di NADI nanti . Selain itu, kuiz dan kerja rumah juga di berikan dan peserta perlu menjawab serta memasukkan kerja rumah melalui akaun masing-masing. Peserta sangat seronok dan teruja untuk mempelajari lebih mendalam kemahiran masak ini.