Tarikh | : 14.12.2024 |
Masa | : 8.00 pg – 1.00 ptg |
Lokasi | : DEMONG BEACH RESORT |
Peserta | : 80 Orang |

Tujuan
Program Smart Service (Wellbeing) adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan saringan ini langkah untuk komuniti lebih peka dan merawat dari awal dalam menjaga kesihatan. Sekali gus, saringan mampu menarik minat komuniti dan juga mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan di NADI disamping untuk memperluaskan dan menambah ahli baru untuk NADI.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan kesihatan yang asas seperti pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan glukos dalam darah, dan bmi (ketinggian dan berat) untuk membantu komuniti menjaga dan mengetahui tahap kesihatan. Hal ini kerana , ramai rakyat Malaysia kini menghidapi pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, serangan jantung dan sebagainya. Oleh itu, kami membuka kaunter saringan untuk memberikan kemudahan komuniti dan langkah awal dalam penjagaan kesihatan komuniti setempat.