Tarikh | : 16.12.2024, 17.12.2024, & 19.12.2024 |
Masa | : 3.30 ptg – 4.30 ptg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTAH |
Peserta | : 2 Orang |

Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict dan meningkatkan ilmu dalam ict dan teknologi. Malah, dengan aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran dan celik it dalam kalangan peserta yang mana ia dapat memicu kepada generasi yang bijak dan inovatif. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.
Aktiviti
Bengkel ini merupakan kelas tuisyen atau kelas bimbingan secara percuma kepada dua orang pelajar yang terpilih. Kelas tuisyen ini adalah salah satu perkhidmatan yang ditawarkan di NADI untuk pelajar yang mana kelas ini telah diadakan secara langsung “live class” melalui applikasi zoom atau gogle meet. Kelas ini menawarkan empat subjek teras utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan juga Sejarah. Pelajar diberikan akaun masing-masing yang telah didaftarkan oleh petugas untuk memudahkan peserta untuk mengulangkaji dan memuat turun nota dan juga kerja rumah atau kuiz yang diberikan oleh guru. Peserta berjaya memasuki kelas secara atas talian dan memahami apa yang telah diajar dalam kelas tuisyen tersebut dengan baik.