Tarikh | : 07.04.2024, 14.02.2025 & 21.02.2025 |
Masa | : 10.30 pg – 11.30 pg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |

Tujuan
Bengkel ini adalah salah satu program yang dijalankan di NADI Seberang Jerteh yang mana NADI Mahir ini dibawah pembelajaran sepanjang hayat. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberikan peluang peserta menambah ilmu kemahiran dan boleh menjadikan ilmu kemahiran ini sebagai peluang untuk mencari pendapatan melalui kemahiran yang ditawarkan.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan pada kelas tersebut adalah membuat air kopi. Dalam kelas tersebut peserta telah diminta oleh tenaga pengajar untuk menyediakan bahan mentah untuk membuat air kopi dan mengikut langkah yang ditunjukkan dalam kelas secara atas talian. Bagi peserta yang tidak membawa bahan untuk membuat air kopi tersebut peserta hanya perlu mendengar dan perlu mencuba di rumah dengan video yang telah diberikan. Peserta sangat teruja dan seronok dengan kelas mahir yang diajarkan pada hari tersebut.