Tarikh | : 25.04.2025 |
Masa | : 3.30 ptg – 5.00 ptg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 3 Orang |

Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan maklumat mengenai keselamatan ict. Bengkel ini memberikan tunjuk ajar dan langkah yang boleh diatasi dalam menggunakan internet secara selamat dan bijak. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di NADI ini.
Aktiviti
Bengkel ini menerangkan tentang asas bagaimana sesuatu maklumat dan laman web dapat digodam oleh pengguna dan juga bagaimana kita mudah ditipu atau kecurian data berlaku. Bengkel ini bukan sekadar memberikan kesedaran mengenai risiko keselamatan siber kepada peserta, tetapi turut memberikan latihan dan peringatan kepada semua peserta bagaimana sesuatu laman digodam serta apakah cara untuk mengatasinya atau cara untuk kita menghindari dari terkena dengan aktiviti ini. peserta sangat teruja kerana banyak maklumat dan tunjuk ajar yang dipelajari dari webinar ini.