Tarikh | : 24.05.2025 |
Masa | : 2.30 ptg – 4.30 ptg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel Tiny Techies ini adalah salah satu program celik digital di bawah teras pembelajaran sepanjang hayat NADI yang direka khas untuk memperkenalkan pengekodan, pengatucaraan , penyelesaian serta teknologi robotik. Program ini dilaksanakan dengan pendekatan interaktif yang menyeronokkan dan berasaskan aplikasi.
Aktiviti
- Program ini disertai oleh dua orang pelajar sekolah rendah.
- program ini memfokuskan kepada aktiviti berasaskan Microbit, robotik dan asas logik komputer yang mana ia satu alat pengaturcaraan.
- Pelajar diajarkan bagaimana cara untuk menulis kod mudah untuk mengawal lampu LED, sensor, dan pergerakan asas robot melalui laman F4SA dan Microbit.
- Selain itu, kuiz juga diselitkan dalam pembelajaran Tiny Techies untuk melihat kefahaman tentang topik pembelajaran pada hari tersebut.
- Peserta teruja dalam pembelajaran Tiny Techies dan memahami dengan baik sepanjang pembelajaran tersebut.