Tarikh | : 24.05.2025 – 31.05.2025 |
Masa | : 3.30 ptg – 4.30 ptg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 5 Orang |
Tujuan
E-sport Kelas Kesedaran ini bertujuan untuk memberi pendedahan maklumat dan meningkatkan pengetahuan asas peserta tentang Suntingan Video & Pengurusan Kandungan Untuk Streamer. Pendedahan ini adalah untuk menghasilkan kandungan yang menarik, berkualiti tinggi, dan konsisten bagi meningkatkan tontonan dan interaksi penonton.
Aktiviti
- Petugas NADI membantu peserta membuka video dalam sistem LMS.
- Dalam LMS NADI E-sukan terdapat video pembelajaran dengan topik Suntingan Video & Pengurusan Kandungan Untuk Streamer.
- Dalam video pembelajaran ini membincangkan dan menerangkan tentang bagaimana untuk menyungting video bagi menarik lebih ramai penonton untuk menonton saluran kita.
- Sesi ini juga mengajar dan menunjukkan alatan atau aplikasi yang mudah untuk digunakan membuat suntingan seperti CapCut, VN, atau Canva Mobile kerana applikasi ini mudah dan telah menyediakan template yang sedia ada dan mudah untuk digunakan
- Disaming itu juga sesi soal jawab dan kuiz tentang topik hari ini juga turut disertakan dalam video tersebut.
- Peserta memahami apa yang telah disampaikan dalam video kelas persijilan E-sukan dan diharapkan peserta mampu untuk membuat suntingan video dengan baik.