Tarikh | : 03.06.2025 |
Masa | : 10.30 pg – 11.30 pg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 1 Orang |
TUJUAN
Program Smart Service (Wellbeing) adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap isu kesihatan melalui studio sihat dan juga webinar khas ini supaya komuniti lebih peka terhadap penjagaan kesihatan masing-masing.
AKTIVITI
- Topik webinar pada hari tersebut adalah mengenai 7 Servis Farmasi Yang Rakyat Tidak Tahu Tapi Patut!.
- Dalam webinar ini peserta akan dapat memahami fungsi dan ia adalah juga promosi serta kesedaran awam tentang kepentingan farmasi.
- Selain itu, peserta akan dapat mengetahui tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh farmasi bukan sahaja untuk membeli ubat seperti panadol atau ubat selsema dan lain-lain.
- Di samping itu, dalam sesi kali ini juga komuniti akan mengetahui tentang sebab mengapa setiap farmasi berbeza harga dengan farmasi dan juga dapat mengetahui ubat kawalan yang mana tidak boleh dibeli sembarangan dari farmasi atau klinik seperti antibiotik.
- Sebelum webinar ini berakhir peserta diberi peluang untuk bertanya dalam slot soalan lazim dalam webinar ini.
- Peserta memahami dengan baik apa yang telah disampaikan.