mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN  AKTIVITI JUN 2025 – WELLBEING STUDIO SIHAT : PODCAST DIY BRACES NAK CANTIK CEPAT, TAPI SELAMAT

Tarikh: 05.06.2025
Masa: 10.30 pg – 11.30 pg
Lokasi: NADI SEBERANG JERTEH
Peserta: 1 Orang

TUJUAN

Program Smart Service (Wellbeing) boleh dilihat melalui studio sihat saluran media youtube yang mana tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap isu kesihatan seperti topik podcast pada hari ini mengenai Diy Braces. Topik ini untuk memberikan kesedaran dan ilmu pengetahuan mengenai Braces yang mana wanita dan remaja perempuan mudah terpengaruh dengan Braces viral tanpa mengetahui ia tahap keselamatan dan prosedur yang digunakan.

AKTIVITI

  • Prof Madya Dr Asma Alhusna merupakan pakar pergigian ortodontik untuk mengulas isu tentang Trend braces DIY yang semakin tular di platform kedai online dan media sosial tetapi adakah ia betul-betul selamat?
  • Dalam sesi podcast kali ini membincangkan dan menerangkan tentang risiko & kerosakan gigi jangka panjang jika kita tersalah menggunakan Braces yang tidak selamat.
  • Selain itu, podcast ini juga membongkarkan realiti klinikal tentang braces DIY dan juga tentang mitos paling popular pasal braces “murah” yang mana wanita jadi sasaran utama trend ini.
  • Prof juga menerangkan dan berkongsi mengapa wanita menjadi sasaran untuk trend Braces Diy ini.
  • Sebelum webinar ini berakhir prof menjawab soalan lazim atau persoalan berkaitan dengan Braces Diy untuk masyarakat sedar tentang bahaya dan selamat penggunaan Braces.
  • Peserta memahami dengan baik apa yang telah disampaikan.

GAMBAR DISINI