PENGENALAN
Pusat Ekonomi Digital (PEDI) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn.Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalalangan komuniti setempat. Sebanyak Terdapat beberapapa fasa dalam menjayakan projek ini iaitu Fasa 1x, Fasa 2, Fasa Felda, Fasa 4, Fasa 5, Fasa 6 dan Fasa 7 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Pusat Ekonomi Digital (PEDI) telah diwujudkan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Ia bertujuan mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre).
Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PEDI diberikan tugas untuk mempaparkan satu laman web yang berindentitikan tempatan di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.
Di masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PEDI sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :
Banner Pedi Seberang Jerteh memaparkan perkhidmatan yang disediakan
♦ e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Govenment)
♦ e-Pembelajaran (e-Learning)
♦ Pengumpulan dan pertukaran maklumat
♦ Pusat Komunikasi
♦ Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
♦ Pusat peperiksaan dan persijilan.
Pusat Ekonomi Digital ini ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti luar bandar untuk mempelajari segala bentuk ilmu yang berkaitan dengan IT dan penggunaan komputer dengan objektif program menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan komuniti di bandar.
Pusat Ekonomi Digital ini dilengkapi kemudahan dan kelengkapan seperti beberapa buah komputer, mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner), laminat, binding, fotostat dan kemudahan internet percuma. Segala kemudahan ini disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad di bawah penyeliaan MSD Intelligence Sdn. Bhd. inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah projek kerajaan iaitu Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi, antaranya syarikat Telekom Malaysia (TM) dengan memfokuskan pemberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar.
OBJEKTIF PENUBUHAN
♦ e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Govenment)
♦ e-Pembelajaran (e-Learning)
♦ Pengumpulan dan pertukaran maklumat
♦ Pusat Komunikasi
♦ Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
♦ Pusat peperiksaan dan persijilan.
♦ Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
♦ Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
♦ Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan
♦ Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet
♦ Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PEDI
Selain itu juga, PEDI juga menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli dan diisyaratkan kepada yang ingin berdaftar, haruslah mendaftar sebagai ahli PEDI terlebih dahulu. Disamping itu juga, PEDI juga menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar, printing, scanning, laminate, binding dan zon internet tanpa wayar (wifi zone) kepada semua golongan khususnya penduduk kampung.
Sebanyak 20 buah komputer dengan kelajuan internet yang berkelajuan tinggi iaitu 8 mbps disediakan di PEDI Seberang Jerteh dimana 10 buah digunakan untuk kemudahan orang ramai dan kegunaan harian dan 10 buah disediakan didalam bilik latihan untuk latihan dan pembelajaran serta bengkel asas komputer dan internet dan latihan keusahawanan kepada peserta yang ingin berniaga secara online.
VISI
MISI
PEDI SEBERANG JERTEH
♦ SILA SCAN DAHULU PENDRIVE SEBELUM BUKA FILE.
♦ SILA TUTUP SEMUA APLIKASI SEBELUM TEKAN “KELUAR” HANYA DIBENARKAN BERMAIN GAMES BERPENDIDIKAN SAHAJA
♦ TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI PAKAIAN MENJOLOK MATA
♦ TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT BISING, MAKAN DAN MINUM DI DALAM PEDI
♦ SILA GUNAKAN PC DENGAN BAIK DAN TIDAK DIBENARKAN MENGUBAH SETTING PC
♦ DILARANG INSTALL PERISIAN KE DALAM PC DAN MEMUAT TURUN SEBARANG PERISIAN
♦ TIDAK DIBENARKAN MELAYARI LAMAN WEB TIDAK BERMORAL
♦ DILARANG SEBARANG KEGIATAN BERUNSURKAN POLITIK, KEAGAMAAN DAN PERKAUMAN
♦ MASA PENGGUNAAN KOMPUTER DIHADKAN KEPADA 1 JAM SEORANG SEKIRANYA PENGUNJUNG MELEBIHI PENGGUNA