mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN ICT Q1 2024 – MUHAMMAD MIKAIL BIN ABDULLAH

Merupakan penduduk dari komuniti sekitar dan seorang pelajar sekolah rendah yang aktif melibatkan diri menyertai sebarang kegiatan ilmiah yang dianjurkan oleh NADI Seberang Jerteh.

Nama: Muhammad Mikail Bin Abdullah
Umur: 12 Tahun
Ahli11 Februari 2018
No TelTiada

Latar belakang

Muhammad Mikail Bin Abdullah adalah seorang pelajar sekolah rendah dan ahli komuniti yang tinggal berhampiran dengan NADI. Berumur 12 tahun dan dan telah menjadi ahli NADI yang  aktif sejak tahun 2018. Seorang pelajar yang sangat rajin dan sering datang ke NADI bersama ahli keluarga untuk belajar tentang applikasi komputer seperti Microsoft Office, canva dan juga untuk mencari bahan belajar serta aktiviti yang dianjurkan di NADI Seberang Jerteh.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Tidak fasih menaip, tidak kenal perkakasan komputer dan tidak mengenal internet. Hanya menggunakan buku dan kertas untuk menulis dan mencari rujukan pembelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Seberang Jerteh, beliau kini telah mahir terhadap bidang ICT seperti dalam penggunaan canva dan microsoft office. Beliau juga mempunyai minat yang mendalam bagi membantu dan memupuk insentif dalam diri membuatkan beliau rajin belajar serta mahir menggunakan komputer. Kini beliau aktif menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan NADI Seberang jerteh