mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q2 2024 – JULIANATUL AKMAR AHMAD USAHAWAN PERUSAHAAN BIDANG TEKSTILL PRODUK BATIK

Mengusahakan perniagaan dalam bidang tekstill fokus utama adalah pengeluaran produk batik.Beliau memulakan perniagaan sejak tahun 2016 dan mula berniaga secara online pada tahun 2018. Jualan beliau semakin bertambah dari semasa ke semasa dan mempunyai kedai sendiri yang terletak di pusat bandar Jerteh..

Nama: Julianatul Akmar Binti Ahmad
Umur: 48 tahun
Ahli: 8 Januari 2024
No Tel: 019-5968833
Shopee: shopee.com.my/abbyahmad

Latar belakang

Pn Juliana  merupakan usahawan atas talian sejak 2016. Beliau mengusahakan perniagaan ini bersama suaminya. Terdapat pelbagai produk batik secara offline dan online disamping melakukan penghantaran COD ke seluruh sekitar Besut. Beliau bermula disebabkan oleh minat yang terlalu mendalam dalam bidang perniagaan ini sehingga beliau berani membuka kedai untuk pasaran produk batik.

Beliau sering mempromosikan produk melalui whatsapp dan jualan secara bersemuka dan juga platform seperti shopee. Beliau seorang yang rajin dan bersemangat yang tinggi dalam mempromosikan barangannya. Sehingga kini beliau telah masih menjalankan perniagaan beliau dalam pelbagai platform untuk memperkembangkan dan memperkenalkan perniagaan beliau ke seluruh Semenanjung dan Sabah/ Sarawak

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800 – RM1000  sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan juga telah membina Tiktok Shop dan Shopee sendiri untuk produk tersebut supaya dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi sekitar Besut. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM5000.