| Tarikh | : 06.01.2026 |
| Masa | : 10.30 pg – 11.30 pg |
| Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
| Peserta | : 1 ORANG |
TUJUAN
Program Smart Service (Wellbeing) adalah satu program untuk meningkatkan dan mengekalkan kesejahteraan komuniti. Webinar kali ini adalah mengenai Webinar Nak Glow Up, Girls Aesthetic Selmat, Bukan Untuk Menyesal adalah untuk memberi kesedaran dan panduan kepada wanita tentang kepentingan membuat pilihan rawatan kecantikan yang selamat, berinformasi dan bertanggungjawab bagi menjaga kesihatan, keyakinan diri dan kesejahteraan jangka panjang.
AKTIVITI
- Sesi kali ini bersama dengan Dr Noor Ameera Rahmat Doktor Perubatan & Pengasas Pusat Kulit Usraa
- Dalam sesi ini Dr membincangkan lebih terperinci tentang Nak Glow Up, Girls Aeshetic Selamat, Bukan Untuk Menyesal.
- Sesi ini doktor menerangkan bahawa apa itu glow up bukan iaitu prosedur maha, ikut muka influencer 100% dan jadi orang lain.
- Manakala, glow up sebenar pula dengan kulit yang sihat, yakin diri, dan tak rosakkan jangka panjang.
- Dalam webinar peserta boleh mengetahui tentang kulit remaja yang mana masih aktif hormon, mudah jerawat, mudah iritasi dan mudah parut kekal.
- Selain itu, peserta akan diterangkan dengan Aesthetic yang disalahgunakan seperti membuat injection tanpa doktor, chemical feeling kuat, krim overnight putih, whitening drip dan rawatan dirumah tanpa penilaian kulit.
- Disamping itu juga, peserta akan mengetahui dan belajar kesan jangka panjang jika ia disalahgunakan seperti kulit menipis, jerawat kronik, parut dan tompok gelap.
- Sesi video ini juga menerangkan bahawa remaja juga boleh lakukan rawatan aesthetic yang selamat dengan doktor yang bertauliah atau mengikut keadaan kesihatan kulit muka. Antara rawatan yang boleh dilakukan seperti rawatan jerawat, parut awal dan skin barrier repair.
- Malah peserta juga belajar rawatan yang tidak disarankan untuk remaja seperti filler, botox, whitening injection, rawatan ubah muka dan sebagainya.
- Peserta memahami risiko penyalahgunaan rawatan estetik serta kepentingan memilih rawatan yang sesuai mengikut keadaan kulit remaja di bawah pemantauan pakar bagi mengelakkan kesan jangka panjang.
