| Tarikh | : 04.02.2026 |
| Masa | : 9.30 pg – 11.00 pg |
| Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
| Peserta | : 1 Orang |
TUJUAN
Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan peralatan diagnose gajet serta memahami teori asas sistem Android. Peserta dapat mengenal pasti fungsi setiap peralatan diagnose, kaedah penggunaannya dengan betul serta memahami struktur, sistem operasi dan punca kerosakan perisian Android bagi memudahkan proses baik pulih gajet secara lebih berkesan.
AKTIVITI
- Petugas membantu peserta dalam membuka kelas Mahir Baiki Gajet melalui LMS Mahir Intake 3.
- Dalam kelas ini peserta akan menfokuskan pada beberapa pecahan topik seperti mengenal peralatan diagnose, mengenai android dan cikgu akan terangkan secara ringkas mengenai topik minggu ke-5.
- Antara peralatan yang diagnose seperti USB changer doctor, battery active board, DC power supply dan sebagainya. Setiap semua tajuk itu diterangkan dengan lebih mendalam tentang fungsi, kelebihan, cara penggunaan dan sebagainya.
- Manakala, untuk android peserta akan dapat belajar tentang jenis android, ciri utama android, fungsi android, kebaiakan dan keburukan android.
- Pada akhir kelas, peserta diterangkan secara ringkas mengenai topik kelas yang akan datang bagi memberi gambaran awal dan kefahaman tentang pembelajaran seterusnya.
