| Tarikh | : 06.02.2026 |
| Masa | : 3.30 ptg – 4.30 ptg |
| Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
| Peserta | : 2 Orang |
TUJUAN
Tujuan Kelas Open Tuition Bahasa Matematik Tingkatan 1 adalah untuk memberi bimbingan tambahan kepada pelajar supaya mereka dapat memahami topik Matematik dengan lebih mendalam dan tidak ketinggalan dalam pembelajaran di sekolah. Kelas ini juga membantu pelajar membina asas yang kukuh dalam Matematik, terutama bagi topik penting seperti nombor, ungkapan algebra, dan penyelesaian masalah.
AKTIVITI
- Dalam sesi ini peserta diberi penekanan tentang pemahaman mendalam tentang topik pada hari tersebut.
- Guru juga menerangkan topik mengikut silibus secara langkah demi langkah supaya pelajar benar-benar faham sebelum menjawab kuiz.
- Selain itu, kuiz juga diadakan untuk melihat sejauh mana pelajar faham konsep dan juga perbincangan bersama agar peserta mudah faham apa yang disampaikan.
- Kaedah ini membantu meningkatkan kefahaman pelajar secara berkesan dalam masa yang singkat.
- Melalui program ini diharapkan peserta dapat menggunakan ilmu yang disampaikan dan dimanfaatkan dalam menjawab peperiksaan.
