Tarikh | : 09.01.2024 |
Masa | : 10.00 pg – 12.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk membantu dan melatih peserta melalui platform online seperti shopee dan affiliate serta memberikan pendedehan dalam tenik asas pemasaran dan cara untuk menjana pendapatan dengan menyertai platform shopee sebagai affiliate atau menjual dalam platform tersebut. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir untuk mencari maklumat serta mempromisikan produk dalam kalangan usahwan dan juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas asas-asas dan bagaimana shopee boleh menjana pendapatan serta membuka ruang perniagaan oleh Rakan Digital dan Petugas Pedi memlalui platform jualan online ini. Dalam bengkel ini peserta diajar asas iaitu cara mendaftarkan diri dan membuka akaun affiliate sebelum peserta memulakan aktiviti promosi produk jualan di shopee. Selepas mendaftarkan diri peserta perlu menunggu pengesahan pendaftaran affiliated dan peserta diajarkan bagaimana cara untuk mempromosikan produk dan juga bagiamana cara untuk berkongsi link yang telah di tukarkan untuk kita mempromosikan barangan tersebut. Dengan aktiviti tersebut peserta akan mendapat komisyen daripada pembelian atas link yang telah dikongsi dan juga peserta diterangkan bagaimana komisyen akan masuk serta bagaimana melihat perkembangan jualan dengan bimbingan dan bantuan petugas Pedi. Peserta berjaya mengikuti dan membuka akaun affiliate shopee dan memahami dengan baik.