BENGKEL ASAS KOMPUTER BERSAMA PELAJAR TABIKA PERPADUAN SEBERANG JERTEH
Bengkel asas komputer dan klik dengan bijak bersama pelajar tabika perpaduan seberang jerteh bertempat di PI1M Seberang Jerteh. Program dimulakan dengan pengenalan peralatan komputer dan cara-cara mengggunakannya. Juga cara-cara mewarna secara online dan sambungan huruf dan nombor melalui laman web www.uptoten.com
Bengkel asas komputer bersama pelajar Tabika Perpaduan diadakan 2 kali sebulan pada hari Khamis selama 3 jam bagi memberikan satu insentif kepada pelajar tabika berkaitan bidang ICT. Latih tubi seperti mewarna secara online, mencantum gabungan huruf dan nombor adalah satu cara untuk meningkat kemahiran bagi memberi simulasi keadaan tertentu untuk merasai suasana sebenar penggunaan komputer khusus memberi peluang kepada para pelajar tabika agar lebih mahir untuk menggunakan komputer dan belajar serta mengenal peralatan komputer.
Selain itu juga Internet juga dapat memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor’ siber yang berkesan. Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar kepada golongan kanak-kanak dengan lebih berkesan. Bahan sains dan matematik yang ditambah dengan kesan multimedia dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam minat kepada mereka. Kelebihan ini menandingi cara pembelajaran konvensional. Selain itu, kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman pula dapat dibimbing oleh tutor maya yang berupaya mempersembahkan suatu subjek dengan cara yang paling menarik. Oleh itu, golongan kanak-kanak senang tertarik dan ingatan mereka juga akan bertambah baik.
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DAN KESELAMATAN KOMPUTER
Klik Dengan Bijak (KDB) Merupak Satu Tema Kepada Kempen Kesedaran Awam Mengenai Keselamatan Iinternet Yang Bermatlamatkan Keselamatan, Waspada Dan Tanggungjawab Pengguna. Antara tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya ialah untuk melaksanakan satu Kempen Kesedaran Awam Keselamatan Internet yang bertemakan “Klik dengan Bijak” yang bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab.
Golongan Sasaran
Kempen ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu golongan kanak-kanak, belia dan juga para ibu bapa dan penjaga.
Mesej Utama
Mesej utama kempen “Klik Dengan Bijak” adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya.
Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan “Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni” sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
TUJUAN PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
√ Memberi Pengetahuan Tentang Penggunaan Internet Dengan Bijak
√ Memberi Tip-Tip Keselamatan Tentang Penggunaan Internet
√ Memberi Taklimat Tentang Penggunaan Rangkaian Sosial Dengan Betul
√ Terbuka Kepada Semua Peringkat Umur
FOTO PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK YANG TELAH DIJALANKAN
Pages: 1 2