mcmc
Maklumat Setempat

Aktiviti Pi1M

 

 

 

LATIHAN KEUSAHAWANAN (SECARA PERCUMA)

 

Pusat Internet 1Malaysia Seberang Jerteh bakal mengadakan Latihan Keusahawanan secara PERCUMA kepada komuniti setempat setiap bulan bermula Julai 2014. Para usahawan dan bakal usahawan adalah dipelawa untuk mengikuti kursus latihan ini yang diadakan selama dua hari bertempat di PI1M Seberang Jerteh. Banyak modul menarik disediakan.Antara Modul yang bakal diajar kepada peserta latihan ini ialah :

                            –          Microsoft Office

                            –          Cara-Cara Membangunkan Idea PerniagaanPanduan Membangun Laman Web & Blog

                            –          Kelebihan Mempromosi Perniagaan di Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter)

                            –          Medium Pemasaran Baru Melalui Atas Talian (Mudah, Lelong)

                            –          Pengiklanan Perniagaan

                            –          Frontpage

                            –          Cara Membuat Flyer, Bunting, Kain Rentang

                            –          E-Perolehan                                                                                 

 

Para usahawan dan bakal usahawan yang berminat untuk mengikuti Latihan Keusahawanan PERCUMA ini bolehlah mendaftarkan diri di Pusat Internet 1Malaysia Seberang Jerteh, Pelagat. Penglibatan anda dalam latihan ini amat kami alu-alukan dan hargai.