mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

 

Sejarah Syarikat

 

Logo Syarikat noorHafiza batik

 

    NOOR HAFIZA BATIK SDN BHD adalah sebuah perniagaan milik bumiputera yang beroperasi dan berfungsi sebagai syarikat pengeluar dan pembekal kain batik merangkumi kain sutera, songket, barangan kraftangan daripada batik, tembaga dan perak, ukiran kayu, seramik, kain dan pakaian serta bahan mentah keperluan memproses batik.
                        Pada asalnya NOOR HAFIZA BATIK SDN BHD adalah syarikat perniagaan tunggal yang dikenali sebagai NOOR HAFIZA BATIK dan telah menjalankan operasi perniagaan dan pembuatan kain batik sejak 1989. Syarikat ini didaftarkan sebagai syarikat persendirian pada 16 Jun 2004 sebagai BATIK & KRAF MAHIR SDN BHD. Pada 8 April 2008, nama syarikat ditukarkan kepada NOOR HAFIZA BATIK SDN BHD.

 

106 Kampung Pusu Tinggi, Jalan TUDM Gong Kedak,
22000 Jerteh , Terengganu

 

               Hasil ketahanan daya saing yang kuat dan nilai tambah yang berterusan, pelbagai rintangan dan cabaran telah dilalui dalam perniagaan ini, hasilnya syarikat ini mampu bertahan sehingga ke hari ini sebagai sebuah entiti perniagaan bumiputera yang maju dan berdaya saing.
Seiring dengan perkembangan semasa dan perhatian yang diberikan oleh pihak kerajaan utuk memartabatkan seni warisan batik, songket dan kraftangan menjadikan syarikat ini berpotensi untuk berdaya maju dan mampu melangkah jauh ke hadapan seiring jenama pembekal pakaian yang sedia ada di pasaran, tambahan pula ianya mempunyai asas yang kukuh, memiliki tenaga kerja yang gigih, berkemahiran dan berpengalaman dalam mengekalkan seni warisan bangsa yang unik.
              Syarikat ini telah banyak mengikuti siri bimbingan yang dikelolai oleh beberapa agensi kerajaan termasuk Program Usahawan Peladang di bawah selenggaraan Lembaga Pertubuhan Peladang. Yang tersebut ialah Pertubuhan Peladang Kawasan Pelagat dan juga Usahawan Bersepadu MARA Daerah Besut yang dikelolai oleh Timbalan Menteri Keusahawanan dan Koperasi yang pada masa itu diterajui oleh Dato’ Seri Idris Jusoh.

 

Perkhidmatan / Servis

 

  • Menerima tempahan kemeja, kain dan cenderamata berasaskan batik dalam pelbagai corak
  • Memproses dan menjual secara langsung atau borong
  • Menerima tempahan dari sekolah, jabatan kerajaan dan swasta
  • Membekal bahan mentah bagi keperluan pembuatan batik , khidmat perunding dan bengkel pembuatan batik untuk sekolah

 

              NOOR HAFIZA BATIK SDN BHD telah terpilih untuk menyertai Tunas Mekar di bawah seliaan Jabatan Perancangan dan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kraftangan Malaysia Negeri Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu (YPU) dan di bawah bimbingan MARA Negeri Terengganu. Pensyarah yang mempunyai kemahiran dalam bidang pengurusan dan kewangan telah dilantik oleh pihak UiTM sebagai kaunselor dan penasihat untuk bekerjasama dengan syarikat dalam perkara-perkara yang berkaitan untuk memajukan syarikat sama ada bentuk pengurusan, aktiviti pengeluaran dan lain-lain. 

 

Kain pasang dan baju kemeja yang diusahakan Noor Hafiza Batik

             Selain pensyarah, seorang Pegawai Khas Jabatan Pembangunan Negeri Terengganu (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Terengganu (DPMMNT) telah ditugaskan untuk memantau perkembangan syarikat ini. Selain itu, semua agensi kerajaan terlibat secara langsung dalam menjayakan projek yang telah dicetuskan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Bermula bulan November 2006, syarikat NOOR HAFIZA BATIK SDN BHD juga bekerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEM) dan Terengganu Skills Development Center (TESDEC) untuk menempatkan graduan menganggur di bawah program Terengganu Graduate Attachment Skill (T-GAS), supaya graduan-graduan menganggur mendapat pendedahan dalam bidang pekerjaan dan perniagaan sementara mendapat pekerjaan tetap di tempat lain.

Pejabat Daerah Besut dan Bank Rakyat banyak memberi bantuan dari segi promosi. Terbaru, kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran yang telah melantik syarikat ini sebagai tempat kursus dalam bidang batik yang dipanggil Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), yang mana peserta diberi elaun sebanyak RM300 sebulan beserta sijil selama 4 semester.

(Sumber :Penolong Pegawai Pusat Pengembangan Pertanian Pelagat, 22000 Jerteh, Terengganu. Tel : 09-6971 553)

 

 

 

 

PERCETAKAN FOTO CANVAS

 

Puan Wan Nor Fadzillah telah mengusahakan jualan barangan periklanan danpercetakan seperi banner, bunting, gambar kanvas, hiasan khat kufi dan banyak lagi. Minat yang mendalam untuk meneruskan perniagaan ini adalah setelah suaminya dibuang kerja ileh sebuah syarikat disebabkan masalah kewangan syarikat yang merudum. Oleh itu, beliau dan suami bertindak untuk mencari pendapatan lain bagi menampung kos hidup mereka. Beliau banyak mempromosikan jualan beliau menerusi atas talian seperti FB Page. Beliau juga sering datang ke PI1M bagi menggunakan internet untuk mempromosikan jualannya.
 
Antara Cetakan yang beliau hasilkan
 
 
Untuk tempahan dan keterangan lanjut :
 
Whatsap :0179005718
Alamat : Kg Padang Luas 22000 Jerteh Besut Terengganu
 
 
 
 
 
 
 
 

PERUSAHAAN KEK DAN PASTRIES

 

 
Tuan Emilyana telah mengusahakan pelbagai jualan kek dan pastries disekitar Kampung Gong Duek dan serata tempat mengikut caj yang dikenakan untuk penghantaran ke tempat tertentu sebagaimana diminta oleh pelanggan. Beliau banyak mempromosikan jualan beliau menerusi program-program yang PI1M adakan. Beliau juga sering datang ke PI1M bagi menggunakan internet untuk mempromosikan jualannya.
 
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Seberang Jerteh, beliau kini telah mahir untuk mempromosikan dan menambah baik setiap promosi berkenaan dengan kek dan pastries di facebook sendiri dan membuat satu pages yang bernama Amy Cullinary House yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sering mendapat tempahan dari luar kawasan antaranya di Kelantan dan luar dari daerah Besut.

 

 Antara Produk yang beliau hasilkan

 

 

 

Untuk tempahan dan keterangan lanjut :
 
Tel & Whatsap : 019-2916551
Alamat : Kg Gong Duek, Jalan Pasir Akar, 22000 Jerteh Besut, Terengganu
Emel : amyculinaryhouse12@yahoo.com