Merupakan penduduk dari komuniti sekitar dan seorang pelajar sekolah rendah yang aktif melibatkan diri menyertai sebarang kegiatan ilmiah yang dianjurkan oleh NADI Seberang Jerteh.
| Nama | : Muhammas Syahrul Syahmi Bin Mohd Rusidi |
| Umur | : 12 Tahun |
| Ahli | : 19 Julai 2019 |
| No Tel | : Tiada |
Latar belakang
Muhammad Syahrul Syahmi Bin Mohd Rusidi adalah seorang pelajar sekolah rendah dan ahli komuniti yang tinggal berhampiran dengan NADI. Berumur 12 tahun dan dan telah menjadi ahli NADI yang aktif sejak tahun 2019. Seorang pelajar yang sangat rajin dan sering datang ke NADI bersama ahli keluarga untuk belajar tentang applikasi komputer seperti Microsoft Office, canva dan juga untuk mencari bahan belajar serta aktiviti yang dianjurkan di NADI Seberang Jerteh.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Tidak fasih menaip, tidak kenal perkakasan komputer dan tidak mengenal internet. Hanya menggunakan buku dan kertas untuk menulis dan mencari rujukan pembelajaran.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah mahir terhadap bidang ICT seperti dalam penggunaan canva dan microsoft office. Beliau juga mempunyai minat yang mendalam bagi membantu dan memupuk insentif dalam diri membuatkan beliau rajin belajar serta mahir menggunakan komputer. Kini beliau aktif menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan Pusat Internet Seberang jerteh.
