




Perusahaan perkhimatan “Surprise Delivery” bagi majlis-majlis hari jadi, konvokesyen dan lain-lain
| Nama | : Nur Ruzanna Binti Zainuddin |
| Umur | : 36 tahun |
| Ahli | : 2 November 2011 |
| No Tel | : 019-4492261 |
| : https://www.facebook.com/ruzanna.uum |
Latar belakang
Pn Ruzanna merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang aktif menceburi bidang perniagaan sejak tahun 2020. Beliau memulakan langkah dalam dunia niaga dengan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan seperti surprise delivery, baju raya, kameja, hamper, dan lain-lain mengikut permintaan pelanggan. Beliau menerima banyak tempahan daripada pelanggannya yang rata-rata dari Besut Terengganu. Menghasilkan tempahan mengikut citarasa pengguna, beliau mengutamakan kreativiti yang utama bagi kepuasan pelanggan. Menerima tempahan pelbagai jenis majlis terutama bagi majlis harijadi.
Beliau sering mempromosikan produk melalui laman facebook miliknya dan status whatsapp. Beliau seorang yang rajin dan bersemangat yang tinggi dalam mempromosikan barangannya. Sehingga kini beliau telah berjaya memiliki sebuah kedai sendiri yang berada di bandar Jertih bagi mengembangkan perniagaan. Dengan minat serta kesungguhan, Ruzanna berazam untuk terus memperluas perniagaannya dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM700 sahaja sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook dan blog sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negari yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook , whatsapp, tiktok dan in tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 2000 – RM 3000.