mcmc
KeusahawananKisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q2 2024 – NORHIDAYAH BINTI MUSA PENGUSAHA DALAM BIDANG KECANTIKAN

Usahawan sepenuh masa dalam bidang kecantikan, menyediakan servis seperti spa yang berkonsepkan dari rumah. Pelbagai servis yang disediakan seperti rawatan muka dan sebagainya. Beliau merupakan ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak. Semangat dan minat beliau yang mendalam dalam bidang kecantikan, menjadikan usahanya membuahkan hasi.

Nama:Nur Hidayah Binti Musa
Umur: 44 tahun
Ahli: 11 Februari 2025
No Tel: 011-1977 0783
Facebook: https://www.facebook.com/norhidayah.musa

Latar belakang

Nor Hidayah merupakan usahawan yang meminati bidang kecantikan dari sejak remaja. Disebabkan minat tersebut beliau berusaha untuk meningkatkan kebolehan dan kepakaran untuk membuka spa kecantikan milik sendiri walaupun bermula dari rumah. Beliau membesarkan anak dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan penghasilan spa beliau.

Beliau sering mempromosikan produk melalui laman facebook miliknya dan status whatsapp. Beliau seorang yang rajin dan bersemangat yang tinggi dalam mempromosikan barangannya di Tik Tok dan Whatsapp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800 – RM1000  sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan juga telah membina Tiktok Shop dan Shopee sendiri untuk produk tersebut supaya dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi sekitar Besut. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM5000.