





Mengusahakan perniagaan dalam pembuatan Mini Karipap dan Popia Simpul yang mana beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bermula dari rumah. Jualan beliau semakin bertambah dari semasa ke semasa dan mempunyai mini kilang pembuatan karipap yang terletak di Kampung Khejing Tok Has.
| Nama | : Wan Zuriani Binti Wan Hussin |
| Umur | : 48 tahun |
| Ahli | : 04 November 2024 |
| No Tel | : 010-7619275 |
| : https://www.facebook.com/zuraini.zura.5209 |
Latar belakang
Pn Zuraini merupakan usahawan yang mengusahakan pembuatan Mini Karipap dan Popia Karipap. Beliau memulakan perniagaan dengan menjual mini karipap dan popia simpul secara kecil-kecilan bermula dari rumah. Perniagaan ini pada awalnya hanya tertumpu di kawasan sekitar Besut, dengan jualan kepada jiran, rakan-rakan dan tempahan kecil untuk pelbagai majlis. Melihat kepada permintaan yang semakin meningkat, Puan Zuraini berusaha mengembangkan perniagaan dengan membuat permohonan bantuan daripada kerajaa dalam bentuk peralatan mesin serta sokongan kewangan, yang memberi peluang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran.
Dengan adanya bantuan tersebut, perniagaan Puan Zuraini semakin berkembang sehingga beliau berjaya membuka sebuah mini kilang bagi menghasilkan mini karipap dalam kuantiti yang lebih besar, serta membekalkan produk ke pasaran yang lebih luas. Beliau sering mempromosikan produk melalui whatsapp dan jualan secara bersemuka dan juga platform seperti shopee. Beliau seorang yang rajin dan bersemangat yang tinggi dalam mempromosikan barangannya. Sehingga kini beliau telah masih menjalankan perniagaan beliau dalam pelbagai platform untuk memperkembangkan dan memperkenalkan perniagaan beliau ke seluruh Semenanjung dan Sabah/ Sarawak. Kejayaan ini membuktikan kegigihan dan kesungguhan beliau dalam membina perniagaan makanan ringan yang berpotensi tinggi di pasaran.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800 – RM1000 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan juga telah membina Tiktok Shop dan Shopee sendiri untuk produk tersebut supaya dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi sekitar Besut. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM5000.
