Tarikh | : 11.04.2025 |
Masa | : 3.30.00 ptg – 4.30 ptg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 1 Orang |

Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict dan latihan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam ict dan juga komputer. Malah, dengan aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran dan celik it dalam kalangan peserta yang mana ia dapat memicu kepada generasi yang bijak dan inovatif. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.
Aktiviti
Pengisian bengkel ini dimulakan dengan penceramah untuk bengkel kali ini iaitu En. Osman Affan yang membrikan taklimat mengenai pembelajaran secara bijak (note master pro). Bengkel ini mengajar dan menerangkan bagaimana pelajar dapat menjawab soalan atau membuat nota dengan ringkas tapi padat dengan maklumat atau lebih tepat. Selain itu, sesi soal jawab dan kuiz juga diadakan dalam bengkel tersebut untuk membuka peluang peserta untuk bertanya dan juga untuk melihat kefahaman pelajar untuk bengkel ini. Terima kasih dan tahniah kepada peserta yang dapat menghadarikan diri dan merebut peluang untuk menambah ilmu melalui bengkel ini.