| Tarikh | : 26.12.2025 |
| Masa | : 3.00 ptg – 4.00 ptg |
| Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
| Peserta | : 10 ORANG |
TUJUAN
Program ini bertujuan mendidik pelajar tentang penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab. Melalui aktiviti Detektif Siber, pelajar belajar mengenal pasti kesalahan dan amalan betul ketika menggunakan internet, seterusnya meningkatkan kesedaran tentang keselamatan digital dan etika siber.
AKTIVITI
- Program ini melibatkan 10 orang peserta yang terdiri daripada umur 7 tahun sehingga 13 tahun dalam aktiviti Kempen Internet Selamat Detektif Siber ini.
- Peserta akan belajar tentang penggunaan internet yang selamat melalui kertas kerja yang disediakan oleh petugas.
- Mereka perlu menandakan tindakan yang salah dan yang selamat dalam penggunaan internet pada kertas tersebut.
- Aktiviti ini membantu peserta mengenal pasti kesalahan dan amalan selamat dengan lebih tepat. Walaupun aktiviti ini kelihatan mudah, ia boleh mengelirukan jika tidak memahami gambar dan situasi dengan betul, sekaligus menguji pemahaman mereka tentang keselamatan digital.
