| Tarikh | : 28.12.2025 |
| Masa | : 9.00 pg – 1.00 ptg |
| Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
| Peserta | : 4 Orang |
TUJUAN
Webinar Nadi E-sukan ini bertujuan memperkenalkan pelajar kepada asas animasi 2D secara mudah dan menyeronokkan dan membantu pelajar mengembangkan kreativiti digital, kemahiran teknikal, dan keyakinan diri dalam menghasilkan animasi mereka sendiri, serta memberi pendedahan awal kepada dunia animasi dan e-sukan digital.
AKTIVITI
- Petugas NADI membantu peserta membuka sistem LMS E-sukan untuk mereka menonton video topik 2D Animation For Beginners
- Dalam video ini menjelaskan tentang pengenalan animasi 2d yang mana peserta belajar tentang konsep asas animasi dan perbezaan antara animasi statik dan bergerak.
- Selain itu, peserta ditunjukkan demonstrasi langkah demi langkah bagaimana untuk menggunakan perisian animasi 2D bagi pemula.
- Penceramah juga menunjukkan teknik asas animasi seperti membuat gerakan mudah bagi objek dan watak, bagi membina kemahiran asas sebelum menghasilkan animasi mereka sendiri.
- Sesi ini turut menyediakan ruang soal jawab dan perkongsian tip kreatif untuk membantu pelajar memperbaiki dan menambah baik animasi mereka.
- Melalui pendedahan ini diharapkan pelajar dapat menghasilkan animasi sendiri, mengasah kreativiti, dan membina minat serta keyakinan dalam bidang animasi digital.
