| Tarikh | : 26.12.2025 |
| Masa | : 10.30 pg – 11.30 pg |
| Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
| Peserta | : 3 ORANG |
TUJUAN
Program Smart Service (Wellbeing) adalah satu program untuk meningkatkan dan mengekalkan kesejahteraan komuniti. Webinar kali ini adalah mengenai 2026 Bukan Nak Kurus Tapi Nak Sihat Dan Power Dari Sekolah adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan kesihatan fizikal dan mental, bukan semata-mata untuk kurus tetapi untuk menjadi lebih sihat, bertenaga dan fokus dalam pembelajaran. Webinar ini juga menggalakkan amalan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan pengurusan diri sejak usia sekolah.
AKTIVITI
- Sesi kali ini bersama dengan Pn Afira Zulkifli Dietitian, SENA Specialist Hospital Segamat.
- Dalam sesi ini Dr membincangkan lebih terperinci tentang 2026 Bukan Nak Kurus Tapi Nak Sihat Dan Power Dari Sekolah.
- Webinar ini menekankan dari segi kesihatan pelajar sekolah iaitu mereka cukup tenaga, boleh fokus, sihat bukan hanya kurus sahaja. Hal ini dapat mengurangkan risiko kekurangan zat nutrien, gangguan pertumbuhan tinggi, lemah tenaga, cepat letih dan juga untuk mengelakkan hormon atau emosi terjejas.
- Di sini peserta akan dapat mengetahui tentang beban berganda malpemakanan iaitu suatu keadaan pemakanan di mana individu, keluarga, komuniti dan negara menghadapi masalah kekurangan dan berlebihan pemakanan pada masa yang sama.
- Selain itu, peserta akan mempelajari tentang kepentingan zat karbonhidrat, protin, serat, lemak dan pelajar perlu minum air kosong yang mencukupi serta pengambilan sarapan pagi yang sihat untuk memberikan tenaga kepada pelajar.
- Malah dalam ini peserta akan megetahui dan mempelajari bahawa lemak bukan musuh sebaliknya lemak baik untuk pelajar tetapi perlu dikawal dalam pengambilan lemak.
- Webinar ini menekankan kepentingan kesihatan menyeluruh dalam kalangan pelajar yang dapat mendidik mereka untuk membina tabiat sihat sejak usia sekolah agar lebih bertenaga, fokus dalam pembelajaran dan yakin dengan diri sendiri, sekali gus menyokong perkembangan diri yang seimbang dan berpanjangan.
