| Tarikh | : 04.12.2025 |
| Masa | : 3.00 ptg – 4.30 ptg |
| Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
| Peserta | : 5 Orang |
TUJUAN
Cybersecurity ini merupakan satu program dibawah Five Pillar yang mana webinar Cybersecurity pada kali ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang ancaman kamera tersembunyi yang semakin berleluasa serta risiko yang wujud terhadap privasi, keselamatan dan kesejahteraan diri.
AKTIVITI
- Petugas NADI membantu peserta mendaftar nama dalam sistem LMS dan membantu membuka webinar dengan topik Risiko Kamera Tersembunyi Ada Yang Anda Perlu Tahu.
- Dalam kelas ini peserta diterangkan tentang kamera tersembunyi bagaimana ia berfungsi.
- Selain itu, peserta juga akan didedahkan kepada bentuk-bentuk penyalahgunaan kamera tersembunyi, implikasi undang-undang, serta tanda-tanda awal kewujudannya di persekitaran harian.
- Dalam webinar ini juga peserta juga di tunukkan jenis kamera tersembunyi dan di tunjukkan juga bagaimana kamera tersembunyi di pasang dan berfungsi.
- Pihak Cybersecurity berharap perkongsian ini dapat membuka mata dan meningkatkan kesedaran kita semua tentang risiko kamera tersembunyi serta kepentingan menjaga privasi dan keselamatan diri. Ilmu yang dikongsikan bukan sahaja untuk pengetahuan, malah sebagai langkah awal untuk kita lebih peka, berwaspada dan berani mengambil tindakan yang betul.
