Tarikh | : 02.01.2025 |
Masa | : 10.00 pg – 12.30 ptg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 9 Orang |

Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan asas dalam kemahiran ict dan juga memberikan latihan berasaskan ict untuk perkembangan dan meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan komputer. Bengkel yang diadakan ini sekali gus dapat memperluaskan lagi penggunaan dan perkhidmatan yang terdapat di NADI ini.
Aktiviti
Aktiviti ini adalah salah satu pembelajaran ict yang diajarkan di Nadi Seberang Jerteh. Dalam aktiviti ini peserta diajarkan pembelajaran secara atas talian mengikut tahap mereka seperti mewarna secara atas talian menggunakan applikasi Uptoten. Applikasi ini terdapat pelbagai pilihan pembelajaran salah satunya adalah mewarna untuk pelajar tadika. Dalam applikasi tersebut peserta diajarkan bagaimana cara untuk menggunakan berus dan mewarna objek yang dipaparkan di komputer. Selain itu, diajarkan juga pelbagai permainan bagaimana untuk menyusun “puzzle” permainan dan juga bagaimana cara menyambung huruf atau nombor untuk membentuk objek seperti haiwan atau manusia.Aktiviti ini membantu prkembangan pemikiran dan mewujudkan pelajar yang berinovasi dan celik it. Akhir sekali peserta memahami dan berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas dengan baik.