mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JANUARI 2026 – CYBERSECURITY ANCAMAN SIBER DALAM DUNIA DIGITAL

Tarikh: 15.01.2026
Masa: 3.00 ptg – 4.30 ptg
Lokasi: NADI SEBERANG JERTEH
Peserta: 3 Orang

TUJUAN

Cybersecurity Ancaman Siber dalam Dunia Digital bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pelbagai bentuk ancaman siber yang semakin berleluasa seiring dengan perkembangan teknologi digital. Program ini membantu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan data dan privasi, di samping memahami risiko serta kesan serangan siber terhadap individu, organisasi, dan masyarakat.

AKTIVITI

  • Petugas NADI membantu peserta mendaftar nama dalam sistem LMS dan membantu membuka webinar dengan topik Ancaman Siber Dalam Dunia Digital.
  • Memberi pendedahan tentang jenis-jenis ancaman siber yang wujud dalam persekitaran digital masa kini.
  • Peserta akan mengetahui tentang individu memahami kesan serangan siber terhadap diri, organisasi, dan masyarakat.
  • Dalam sesi ini, peserta turut didedahkan dengan demonstrasi secara langsung bagi memperlihatkan contoh-contoh ancaman siber yang sering berlaku dalam dunia digital.
  • Selain itu, dalam sesi ini peserta turut diberikan kuiz interaktif bagi menilai tahap kefahaman mereka terhadap topik yang dibincangkan pada hari tersebut.

GAMBAR DISINI