| Tarikh | : 16.01.2026 |
| Masa | : 4.30 ptg – 5.00 ptg |
| Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
| Peserta | : 6 Orang |
TUJUAN
Tujuan E-Sport: Etika dan Sikap Pemain E-Sukan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan etika, disiplin, dan sikap profesional dalam dunia e-sukan. Program ini bertujuan membentuk pemain yang beradab, berdisiplin, dan bertanggungjawab sama ada semasa latihan mahupun pertandingan.
AKTIVITI
- Petugas NADI membantu peserta mendaftar nama dalam sistem LMS.
- Dalam LMS NADI E-sukan terdapat video pembelajaran dengan topik Etika Dan Sikap Pemain E-sukan.
- Dalam video pembelajaran ini membincangkan lebih terperinci tentang Etika Dan Sikap Pemain E-sukan yang mana didedahkan kepada adab dan tingkah laku profesional semasa bermain, termasuk cara berkomunikasi dengan rakan sepasukan dan pihak lawan secara berhemah.
- Selain itu, peserta turut memahami kepentingan disiplin, pengurusan emosi, semangat kesukanan, serta kepatuhan terhadap peraturan pertandingan bagi membentuk pemain e-sukan yang berintegriti, bertanggungjawab, dan mampu bersaing secara positif.
- Peserta memahami dan faham apa yang diajarkan dalam video tersebut.
