Tarikh | : 10.06.2023 |
Masa | : 3.30 ptg – 5.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan memnerikan pendedahan kepada peserta kelebihan ict dan keplebagaian maklumat dan aplikasi yang dapat digunakan dalam sesutu urusan secara langsung ia dapat meningkatkan ilmu pengetahuan terhadap ict serta dapat membiasakan peserta dengan komputer dan memudahkan komunikasi pelajar dengan yang lain. Sekaligus dapat mewujudkan pelajar yang celik it atau komputer, lebih cekap dan berinovasi. Dengan hal ini juga secara langsung dapat mempromosikan lagi perkhidmatan dan memperluaskan dan menaikkan lagi nama Pedi.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi yang akan digunakan oleh peserta pada begkel tersebut. Petugas membantu peserta dalam membuat lembaran kerja kursus melalui microsoft word yang mana petugas mengajar bagaimana cara menyimpan kerja yang dibuat sama ada secara auto atau manual dengan mengklik butang ‘save’. Selain itu, peserta juga diajar teknik-teknik yang mudah dalam menaip kerja kursus yang terdapat di papan kekunci seperti ctrl + c (untuk copy), ‘caps lock’, dan bagaimana cara untuk membesarkan tulisan atau huruf tanpa membuat satu persatu ayat dan sebagainya. Pelajar menguasai dan menggunakan teknik-teknik yang telah diajar dalam kerja kursus tersebut. Peserta berjaya menyiapkan lembaran kerja kursus tersebut dan memahami dengan baik.