mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JUN 2025 – EKELAS USAHAWAN MENGURUS DAN MENGUKUR KEBERKESANAN PEMASARAN DIGITAL

Tarikh: 16.06.2025 – 18.06.2025
Masa: 2.00 ptg – 3.00 ptg
Lokasi: NADI SEBERANG JERTEH
Peserta: 2 ORANG

TUJUAN

Ekelas usahawan ini adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas dalam mengurus pemasaran digital untuk sesebuah perniagaan. Selain itu, membimbing peserta dalam merancang strategi pemasaran digital yang mana ia dapat membantu mereka memperkembangkan perniagaan melalui platform dalam talian

AKTIVITI

  • Program hari ini adalah mengenai Mengurus Dan Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital yang dijalankan secara atas talian dan percuma untuk semua.
  • Dalam sesi ini penceramah menerangkan dan memberikan pendedahan ilmu bagaimana untuk membangunkan hubungan dengan pelanggan dan juga pengurusan sumber serta masa peniaga.
  • Oleh itu, dalam sesi ini kita dapat lihat peserta diajarkan bagaimana untuk mengurus dan merancang aktiviti dengan membuat jadual perancangan aktiviti perniagaan supaya teratur dan tersusun.
  • Dengan adanya program ini, pihak NADI berharap bengkel ini dapat memberi manfaat kepada usahawan-usahawan yang hadir dan membantu mereka dalam meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan pemasaran digital.

GAMBAR DISINI