Tarikh | : 05.06.2025 |
Masa | : 10.00 pg – 11.00 pg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 1 ORANG |
TUJUAN
Ekelas keusahawanan ini adalah meningkatkan kemahiran penciptaan kandungan digital menggunakan applikasi AI yang memudahkan peserta dalam menjalankan aktiviti perniagaan seiring dengan teknologi masa kini. Selain itu, program ini mendedahkan peserta terhadap peluang untuk belajar dan manambah ilmu tentang keusahawanan digital ini. Sekali gus, ia dapat memupuk minat daya kreativiti serta inovasi keusahawanan digital dalam kalangan masyarakat.
AKTIVITI
- Program hari ini adalah mengenai AI Mencipta Kandungan yang dijalankan secara atas talian dan percuma untuk semua.
- Program ini merangkumi bengkel penciptaan kandungan menggunakan AI, latihan asas keusahawanan, penggunaan media sosial untuk pemasaran dan perkongsian untuk memudahkan peserta memahami tentang penciptaan kandungan ini.
- Dalam sesi ini peserta juga diterangkan dan diajarkan bagaimana penciptaan kandungan melalui AI seperti penggunaan Chatgpt untuk membuat isi kandungan yang mudah.
- Penggunaan AI ini membantu peserta dalam penciptaan poster, idea ayat untuk iklan, video dan lain-lain yang mana ia sangat menjimatkan masa, tenaga serta kos iklan kerana peserta akan dapat semua itu hanya menggunakan AI.
- Melalui program ini diharapkan peserta dapat menggunakan ilmu yang disampaikan dan dimanfaatkan dalam usaha memperkasa keusahawanan secara digital.
GAMBAR DISINI