mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JUN 2025 – KELAS MAHIR MASAK : RASA WARISAN NYONYA ASLI BERSAMA CHEF FLORENCE TAN

Tarikh: 14.06.2025
Masa: 12.00 ptg – 2.00 ptg
Lokasi: NADI SEBERANG JERTEH
Peserta: 3 Orang

TUJUAN

Bengkel ini adalah salah satu program yang dijalankan di NADI Seberang Jerteh yang mana NADI Mahir ini dibawah pembelajaran sepanjang hayat. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberikan peluang peserta menambah ilmu kemahiran dalam masakan dan boleh menjadikan ilmu kemahiran ini sebagai peluang untuk mencari pendapatan melalui kemahiran yang ditawarkan.

AKTIVITI

  • Kelas minggu ini adalah bersama Chef Florence Tan yang mana chef telah menunjukkan dua resepi nyonya iaitu Ikan Steam Beraroma dan Kledek Goreng Berinti.
  • Dalam sesi ini peserta dapat melihat bahan-bahan yang akan digunakan untuk memasak dua bahan tersebut seperti ikan, kledek, halia, kucai dan lain-lain.
  • Pelajar dapat mempelajari teknik mudah untuk memasak resepi tersebut dan juga tips pennyediaan untuk resepi tersebut.
  • Peserta dapat belajar resepi autentik Nyonya penuh rasa dan nostalgia dan sesuai untuk jualan atau hidangan istimewa keluarga.
  • Peserta sangat teruja dan seronok dengan kelas mahir yang diajarkan pada hari tersebut.

GAMBAR DISINI