Tarikh | : 21.06.2025 |
Masa | : 10.00 pg – 11.00 pg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 3 Orang |
TUJUAN
KidVenture Sebuah program mempelajari asas keusahawanan dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif yang mana fokus umur adalah antara 7 sehingga 17 tahun sahaja. Selain itu, untuk membina kemahiran keusahawanann dan membantu usahawan kanak-kanak belajar mengurus perniagaan dari awal. Sekaligus menjadikan mereka lebih berdaya saing serta bersedia untuk meneroka peluang dalam dunia perniagaan apabila mereka meningkat dewasa.
AKTIVITI
- Peserta mengikuti bengkel ini secara atas talian yang mana topik KidVenture pada hari tersebut ialah pelan perniagaan saya.
- Dalam webinar pada hari tersebut peserta didedahkan bagaimana untuk membuat perancangan perniagaan dan peserta juga didedahkan jenis dan contoh perniagaan.
- Peserta juga diterangkan mengenai BMC, bagaimana cara untuk mengisi BMC yang mana setiap langkah ditunjukkan dalam sesi Webinar ini. BMC ini juga adalah salah satu tugasan yang perlu diselesaikan oleh peserta dalam cohort ini.
- Selain itu, peserta juga berkongsi idea perancangan dengan bakal usahawan cilik yang ingin memulakan perniagaan mereka.
- Peserta sangat teruja dan seronok dengan bengkel hari ini kerana banyak ilmu tentang perniagaan yang diperolehi dari bengkel ini.