Tarikh | : 17.06.2025 – 18.06.2025 |
Masa | : 9.45 pg – 11.45 pg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 3 ORANG |
TUJUAN
NADI X Keusahawanan Edisi Ekspress ini merupakan kelas keusahawanan khas untuk usahawan dan bakal usahawan yang mana ia bertujuan untuk memberikan asas dalam perniagaan termasuk strategi membentuk, merancang perniagaan , kewangan serta teknik – teknik pemasaran yang lebih berkesan. Sekali gus dapat membangunkan usahawan yang berdaya saing dan berkembang dalam pelbagai sektor industri.
AKTIVITI
- Peserta dibantu oleh petugas untuk membuka Slot yang telah didaftarkan atas nama mereka.
- Dalam sesi slot ini memfokuskan pada topik Pengurusan Kewangan & Perancangan Perniagaan.
- Peserta diajarkan tentang asas pemasaran 4P iaitu price, please, product and promotion. Dari situ peserta dapat mempelajari bagaimana untuk mengurus sumber, bagaimana untuk meletakkan harga yang mana ia perlu mengikut kos pengeluaran dan sebagainya.
- Selain itu, peserta juga diminta untuk menonton video yang telah disediakan untuk peserta memperluaskan pemahaman tentang konsep dan strategi serta insipirasi daripada pengalaman usahawan yang telah berjaya.
- Peserta berjaya menghabiskan sesi tontonan video dan juga sesi webunar bagi edisi ekspress tersebut.