Tarikh | : 17.06.2025 – 18.06.2025 |
Masa | : 2.30 ptg – 4.45 ptg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 2 ORANG |
TUJUAN
NADI X Keusahawanan Edisi Ekspress ini merupakan kelas keusahawanan khas untuk usahawan dan bakal usahawan yang mana ia bertujuan untuk memberikan asas dalam perniagaan termasuk strategi membentuk, merancang perniagaan , kewangan serta teknik – teknik pemasaran yang lebih berkesan. Sekali gus dapat membangunkan usahawan yang berdaya saing dan berkembang dalam pelbagai sektor industri.
AKTIVITI
- Peserta dibantu oleh petugas untuk membuka Slot yang telah didaftarkan atas nama mereka.
- Dalam sesi slot ini memfokuskan pada topik Pengurusan Kewangan & Perancangan Perniagaan dan juga tontonan video keusahawanan.
- Peserta diajarkan tentang asas pemasaran 4P iaitu price, please, product and promotion.
- Dalam 4P tersebut peserta diajarkan tentang kewangan, bajet ,serta diberikan penerangan tentang bagaimana untuk memilih produk atau perkhidmatan, kualiti produk dan sebagainya.
- Selain itu, peserta juga diminta untuk menonton video yang telah disediakan untuk memudahkan peserta untuk mempelajari lebih mendalam tentang teknik pemasaran, pengurusan kewangan, serta cara-cara mengatasi cabaran dalam dunia perniagaan.
- Semua ini dalam format yang mudah diikuti dan difahami untuk peserta yang menyertai edisi ekspress tersebut.