Tarikh | : 04.06.2025 |
Masa | : 11.00 pg – 12.00 ptg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 4 Orang |
TUJUAN
Program Safe and Sheild atau Kempen Internet Selamat (KIS) yang mana fokus pada hari tersebut adalah mengenai bagaimana mengenali taktik laman web bahaya. Tujuan KIS tersebut dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang laman web berbahaya. Disamping untuk mengurangkan risiko terdedah pada akses laman web berisiko tinggi dan menggalakkan peserta untuk sentiasa menitikberatkan keselamatan dalam melayari internet.
AKTIVITI
- Petugas membantu peserta dalam membuka kelas secara atas talian, sesi kali ini adalah tentang bagaimana mengenali taktik laman web jahat.
- Dalam sesi ini peserta diterangkan ciri-ciri laman web merbahaya seperti laman penipuan (phishing), laman palsu, dan laman yang mengandungi perisian berbahaya.
- Untuk pemahaman peserta bengkel ini juga mengajarkan bagaimana cara untuk mengetahui kita melayari laman web jahat atau terperangkap dalam laman web berbahaya ini.
- Hal ini adalah untuk mengingatkan kepada peserta supaya tidak mengklik pautan daripada sumber yang tidak dikenali dan sentiasa waspada dengan pop-up serta menapis isi kandungan dalam laman web yang dilayari agar tidak menjadi mangsa penipuan internet.
- Disamping itu, dalam bengkel ini juga penceramah memberi peluang untuk sesi soal jawab ringkas serta perkongsian untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pelayaran internet yang selamat dengan ciri-ciri keselamatan yang kuat.