Tarikh | : 10.05.2025 |
Masa | : 10.00 pg – 11.00 pg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 3 Orang |

Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan maklumat mengenai keselamatan ict. Bengkel ini memberikan tunjuk ajar dan langkah yang boleh diatasi dalam menggunakan internet secara selamat dan bijak. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di NADI ini.
Aktiviti
- Bengkel ini menerangkan tentang asas bagaimana sesuatu maklumat dan laman web dapat digodam dan bagaimana cara kita boleh mengelak menjadi mangsa.
- Peserta dapat melihat contoh dan cara penggodam mencuri data kita melalui video.
- Melalui video dan tunjuk ajar dalam kelas ini peserta akan dapat menambah ilmu bagaimana cara untuk Encrypt data, cara untuk menguatkan kata laluan, perbaharui atau kemaskini sistem perisian dan lain-lain.
- Peserta sangat teruja kerana banyak maklumat dan tunjuk ajar yang dipelajari dari webinar ini.