mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI 2025 – E-SPORT KELAS KESEDARAN MODUL 2 : TOKSIK @ TERBUKA BUDAYA KOMUNIKASI SELAMAT DALAM KOMUNITI E-SUKAN

Tarikh: 17.05.2025
Masa: 2.00 ptg – 3.00 ptg
Lokasi: NADI SEBERANG JERTEH
Peserta: 5 Orang

Tujuan

E-sport Kelas Kesedaran ini bertujuan untuk memberi pendedahan maklumat dan meningkatkan pengetahuan asas peserta tentang Toksik @ Terbuka Budaya Kmomunikasi Selamat Dalam Komuniti E-sukan. Selain itu, mendidik pemain, penonton, dan penggiat industri tentang pentingnya mewujudkan budaya komunikasi yang selamat dan positif dalam komuniti E-sukan. 

Aktiviti

  • Petugas NADI membantu peserta mendaftar nama dalam sistem LMS.
  • Dalam LMS NADI E-sukan terdapat video pembelajaran dengan topik Toksik @ Terbuka Budaya Kmomunikasi Selamat Dalam Komuniti E-sukan.
  • Dalam video pembelajaran ini membincangkan perbezaan antara kebebasan bersuara dan kelakuan toksik yang boleh merosakkan serta menjejaskan kesihatan mental pemain.
  • Selain itu, kelas ini membincangkan dan memberikan penekanan terhadap cara mengenali, menangani, dan mengelakkan komunikasi toksik sambil memupuk sikap positif dalam kalangan pemaian
  • Namun begitu, tidak dinafikan wujudnya elemen toksik seperti buli siber, bahasa kesat, dan diskriminasi yang semakin menular dalam permainan E-sukan ini.
  • Oleh sebab itu, pihak NADI mewajibkan kelas kesedaran perlu disertai oleh pemain kerana kita ingin memastikan komuniti E-sukan kekal inklusif, selamat, dan menyeronokkan untuk semua.
  • Peserta memahami apa yang telah disampaikan dalam video kelas kesedaran E-sukan.

GAMBAR DISINI