Tarikh | : 26.05.2025 – 28.05.225 |
Masa | : 9.30 pg – 11.30 pg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 2 ORANG |
Tujuan
EMaxis kelas keusahawanan ini adalah bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan tentang strategi pemasaran yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti terutama yang mengusahakan perniagaan. Dengan adanya kelas ini membantu usahawan untuk mempromosikan perniagaan secara lebih berkesan menggunakan platform dalam talian atau media sosial yang mana ia secara langsung dapat meningkatkan jangkauan pelanggan, membina jenama yang kukuh dan menjana jualan dengan lebih pantas dan kos efektif.
Aktiviti
- Program hari ini adalah mengenai pemasaran digital yang dijalankan secara atas talian dan percuma untuk semua.
- Dalam sesi ini penceramah menerangkan dan memberikan pendedahan ilmu yang merangkumi strategi pemasaran digital, penyuntingan gambar dan rekabentuk grafik, penulisan dan perancangan kempen atau iklan.
- Selain itu, enceramah juga mengajar bagaimana untuk membina identiti atau profile perniagaan seperti jenama, logo, warna, slogan.
- Dengan adanya program ini, pihak NADI berharap bengkel ini dapat memberi manfaat kepada usahawan-usahawan yang hadir dan membantu mereka dalam meningkatkan pengetahuan dalam bidang pemasaran digital.