Tarikh | : 17.05.2025 |
Masa | : 2.30 ptg – 4.30 ptg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 2 Orang |

Tujuan
Bengkel Tiny Techies ini adalah salah satu program celik digital di bawah teras pembelajaran sepanjang hayat NADI yang direka khas untuk memperkenalkan pengekodan, pengatucaraan , penyelesaian serta teknologi robotik. Selain itu, program ini bertujuan juga untuk memberikan pemahaman teknikal dan menyelesaikan masalah serta membangunkan pemikiran kreatif dan logik.
Aktiviti
- Program ini disertai oleh dua orang pelajar sekolah menengah
- program ini memfokuskan kepada aktiviti berasaskan Microbit, robotik dan asas logik komputer yang mana ia satu alat pengaturcaraan.
- Peserta diajarkan asas dalam pembentukan microbit dan robotik dengan menggunakan laman web Microsoft MakeCode for micro:bit.
- Melalui modul pembelajaran ini peserta dilatih secara atas talian bagaimana cara untuk membuat coding dan pergerakan robot.
- Secara langsung dapat memberi peluang kepada peserta untuk meneroka dunia teknologi dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.
- Selain itu, kuiz juga diselitkan dalam pembelajaran Tiny Techies untuk melihat kefahaman tentang topik pembelajaran pada hari tersebut.
- Peserta teruja dalam pembelajaran Tiny Techies dan memahami dengan baik sepanjang pembelajaran tersebut.