Tarikh | : 16.05.2025 |
Masa | : 10.00 pg – 12.30 ptg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 1 Orang |

Tujuan
NADI X Keusahawanan merupakan satu program keusahawanan yang berstruktur bagi melatih dan membangunkan usahawan NADI. Program ini bertujuan untuk memberikan asas dalam perniagaan termasuk strategi membentuk, merancang perniagaan , kewangan serta teknik – teknik pemasaran yang lebih berkesan. Sekali gus dapat membangunkan usahawan yang berdaya saing dan berkembang dalam pelbagai sektor industri.
Aktiviti
- Peserta dibantu oleh petugas untuk membuka LMS NADI x Keusahawanan untuk peserta menonton sesi webinar, tontonan video latihan dan podcast seperti EMPOWHER dan NADIPRENEUR.
- Sesi kali ini memfokuskan pada topik Pengurusan Kewangan & Perancangan Perniagaan telah berjalan di NADI untuk peserta Cohort 3.
- Peserta perlu menonton video sehingga selesai untuk melengkapkan tugasan untuk cohort 3.
- Dalam video tersebut peserta dapat belajar bagaimana cara untuk merancang, mengatur, mengarah serta mengawal aktiviti kewangan dan perniagaan seperti penyimpanan rekod, hubungan baik dan optimunkan modal, liabliti dan lain-lain.
- Peserta berjaya menghabiskan sesi tontonan video tersebut.