Tarikh | : 09.05.2025 |
Masa | : 10.00 pg – 12.30 ptg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 5 Orang |

Tujuan
E-sport ini bertujuan untuk memberi pendedahan maklumat mengenai E-sukan dan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat dalam E-sukan. E-sukan merupakan satu pertandingan sukan digital yang dipertandingkan hari ini. Secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di NADI ini.
Aktiviti
- Esukan ini adalah pertandingan Mobile Legend Siri kedua yang dipertandingkan secara online.
- Seramai 5 orang peserta telah mewakili NADI Seberang Jerteh ke kejohanan Mobile Lagend Peringkat Negeri Terengganu.
- Pasukan wakil dari NADI Seberang Jerteh telah beraksi dengan baik namun begitu tuah tidak berpihak pada wakil NADI Seberang Jerteh. Mereka telah tewas dan terpaksa akur dengan keputusan tersebut.
- Walaupun tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya tetapi semangat juang daripada peserta ini sangat membanggakan, diharapkan adik-adik ini tidak akan berputus asa untuk menyertai lagi pertandingan ini akan datang.